Ahad, 20 Februari 2011

iman yg sejati berkehendak kpd lawan. baru terbukti keperkasaannya apabila berjaya mengalahkan lawan

Stategi musuh-musuh Islam MEMPERGUNAKAN WANITA

Stategi musuh-musuh Islam MEMPERGUNAKAN WANITA untuk merosakkan masyarakat Islam

1. mengeluarkan wanita-wanita dari rumah. untuk berkerja di luar rumah- mengejar kerjaya

2. lepaskan wanita dari ikatan-ikatan/kawalan-kawalan penjaga, bapa, suami atau keluarga. supaya mrk bebas beraktiviti dan bersosial di luar rumah.

3. sebarkan ia (wanita) di merata-rata- berpeleseran di jalan-jalan, berkerja di segala bidang. supaya timbul angkara fitnahnya di mana-mana.

4. menggalakkan mrk (wanita) membuka aurat di luar rumah.

5. mewujudkan suasana persekitaran ‘bergaul bebas’ antara lelaki dgn wanita. terutama di tempat-tempat kerja. supaya hilang rasa segan, malu dan kekok wanita kpd lelaki.

6. menggalakkan berhubungan wanita dgn lelaki. mempromosikan keseronokan  budaya hidup berpasangan tanpa ikatan nikah. supaya timbul dan merebak penyakit-penyakit sosial seperti penzinaan, anak haram, membunuh kandungan dan buang bayi.

Rabu, 16 Februari 2011

Jihad menentang thaghut

*Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.  (Al Anfal: 39)

*Al Baqarah:216

*Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).  (Al Hujurat: 15) 


*Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).             (At Taubah: 24)

*Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.  (At Taubah: 39)


*Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
(As Saff: 10, 11 12, 13 )

*Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At Taubah: 111)


*Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.  (Ali Imran: 169, 170, 171)

Selasa, 15 Februari 2011

berbangga bangga dgn kecantikan rupa

Dia lah yang membentuk RUPA kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Ali Imran: 6)

tidak ada guna bertanding bertewas kecantikan paras rupa krn ianya adlh ditentuan oleh Tuhan semata mata. tidak ada daya upaya dan ikhtiar kita untuk menentukan atau mengubahnya. diberikaNya kita cantik; bersyukur. diberikanNya kita hodoh; redha.

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal” (Al Hujurat: 13)

bertanding bertewas tentang kecantikan paras rupa, tidak ada faedahnya.


apa yg perlu dijadikan matlamat/sasaran perlumbaan yg sebenar ialah  'siapakah yg paling bertaqwa'

Ahad, 13 Februari 2011

kelemahan wanita

wanita mudah diperdaya oleh syaitan krn
1. kurang akal- suka menurut hati
2. kurang agama- krn masa solat & ibadatnya terhad

mudah diperalatkan oleh musuh-musuh Islam dgn isu-isu kebebasan, hak asasi, dan persamaan hak dgn kaum lelaki seperti yg diperjuangkan oleh wanita-wanita barat.

tuntutan-tuntutan yg diperjuangkan oleh wanita-wanita barat

pegangan aqidah yg mantap

Syed Qutb yg mati di tali gantung ketika menolak tawaran Presiden Jamal Abdul Nasser untuk memegang jawatan penting di dlm negara menyatakan dgn tegas:

"Jari telunjuk yg menyaksikan tentang keesaan Allah (SWT) dlm sembahyang menolak dgn keras untuk menulis satu perkataan yg akan menjadikan kerajaan thaghut merasa senang", krn ia mengetahui tentang maksud sabda Rasulullah (saw) yg bermaksud: Sesungguhnya dunia ini sama nilainya di sisi Allah (SWT) dgn sayap nyamuk

pertembungan antara kebenaran dgn kebatilan

"kalaulah Allah tidak jadikan pertentangan antara kebenaran dgn kebatilan, nescaya rosak binasalah bumi ini"

maksudnya: sunnah/ketetapan Allah ialah "akan sentiasa berlawan antara kebenaran dgn kebatilan, antara iman dgn kufur, antara aqidah Islam dgn aqidah kafir".

mustahil akan ada titik temu atau jalan tengah antara keduanya

hikmatnya: supaya jelas disisi Allah antara org yg beriman dgn org yg kafir

dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mrk tidak bertembung/berlawan; tetapi Allah melakukan apa yg dikehendakinNya.

Sabtu, 22 Januari 2011

tiada kompromi sekalipun terhadap keluarga

[22]Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.   (Al Mujaadalah: 22)

tidak bersungguh-sungguh

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka.   (Al Hadiid: 16)

* Ayat ini ditujukan kepada setengah orang-orang Islam yang tidak begitu bersungguh-sungguh menjalankan perintah-perintah Ugama.

masuknya pengaruh syaitan

Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.   (Al Mujaadalah: 19)

ramai bukan bererti benar

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.  (Al-An'am: 116)

Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan sesiapa yang sesat dari jalannya, dan Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.  (Al-An'am: 117)

Allah 'wali' orang-orang beriman

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.  (Al Baqarah: 257)

kelebihan 'Ayatul Kursi'

[255] – Ayatul Kursi (The Throne Verse)
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)  (Al Baqarah: 225)

*Ini ialah "Ayatul Kursi" yang masyhur dan sangat besar kelebihannya kerana mengandungi dasar Tauhid dan menggambarkan dengan indahnya kebesaran, kekuasaan dan keluasan ilmu Allah yg mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

Ayatul Kursi adalah 'penghulu ayat-ayat Al Quran', dan sesiapa yang mengamalkannya akan terpeliharalah ia dari bala bencana dan dari gangguan syaitan, serta mendapat pahala yang besar.







Jumaat, 21 Januari 2011

Usaha mengalih perhatian manusia dari Al Quran

Dan orang-orang yang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!”  (Fussilat: 26)

*Antara usaha mengalih perhatian manusia supaya jauh dari pengajaran-pengajaran dan peringata-peringatan Al Quran adalah memperbanyakkan rancangan-rancangan hiburan di tv. berlumba-lumba menganjurkan acara-acara, anugerah-anugerah dan pesta-pesta hiburan, kebudayaan, kesenian, nyanyian dan tarian.

Khamis, 20 Januari 2011

ciri-ciri 'Ibadur Rahman'

'Ibadur Rahman' ditafsir kepada pengertian yg lebih dekat kpd kita 'orang melayu' adlh bermaksud "hamba-hamba Allah yg diredhaiNya". -Rujuk Tafsir Pimpinan Ar Rahman surah Al Furqan juz ke 19

Ciri-ciri 'Ibadur Rahman'

*berjalan di bumi dgn rendah hati. bersabar menghadapi karenah orang-orang bodoh.
*menghabiskan waktu malam untuk beribadat
*berdoa memohon dijauhkan dari azab neraka jahanam
*membelanjakan harta mrk tidak berlebihan dan tidak pula kikir (antara boros dan kikir)
*tidak mempersekutukan Allah, tidak membunuh dan tidak berzina
*tidak memberikan kesaksian palsu. tidak bercakap sia-sia
*tidak bersikap tuli dan buta apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan
*berdoa semoga anak isteri dan keturunan mrk tetap di dlm iman dan beramal soleh. dan berdoa agar dirinya menjadi ikutan dan contoh yg baik

itulah dia -'Ibadur Rahman'- orang-orang yg telah menyediakan jiwa raganya menjadi hamba Allah dan bangga dengan perhambaan itu.

orang yg telah mendalam perasaan cintanya kpd Tuhan dirasainya satu kebanggaan jiwa yg amat tinggi apabila dia membaca ayat-ayat Ibadur Rahman dalam surah Al Furqan ini".

Ahad, 16 Januari 2011

berita hairan, utusan meloya dan TV3suku

sumber maklumat kita pada hari ini ialah berita hairan, utusan meloya dan TV3suku. inilah alat propaganda BN dan inilah alat propaganda yahudi.

alat propaganda BN kerana ia menyiarkan berita-berita bohong dan berat sebelah kerajaan BN. alat propaganda yahudi kerana ia mengetengahkan agenda-agenda yahudi untuk merosakkan moral dan akhlak umat Islam.

Inilah ejen-ejen dan kakitangan-kakitangan kepada yahudi dalam melaksanakan dan menjayakan agenda-agenda yahudi merosak dan menjahanamkan Islam.

Selasa, 11 Januari 2011

mencari makna 'ibadur Rahman'

baru aku jumpa makna 'ibadur Rahman' yg aku cari cari sebelum ni. bukan makna perkataannya tetapi makna pengertiannya. dalam tafsir al azhar rupanya gerangannya baru ku temui- rujuk Tafsir Al Azhar jilid 7 surah Al Furqan muka surat 5058

Khamis, 6 Januari 2011

daya tarikan orang beriman

orang beriman tidak memiliki "daya tarikan" di dunia tetapi memiliki daya tarikan di akhirat. cahayanya tidak kelihatan di dunia tetapi kelihatan di akhirat.

(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar".

(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.

(Surah Al Hadiid ayat 12 & 13)

bebas dari terikat

memandang sesuatu dari luar. itulah cara untuk menilai sesuatu dgn bebas tanpa terikat dgn keadaan/persekitaran.

tasawwur yg tidak bernama tasawwur

lebih baik ilmu yg tidak bernama tasawwur tetapi bersifat tasawwur, drpd ilmu yg bernama tasawwur tetapi tersasar drpd hakikat tasawwur.

rahsia 'khayal' akhirat

kerana apa iman lemah? kerana KHAYAL akhirat tidak kuat. kerana apa khayal akhirat tidak kuat? kerana ianya tidak subur. kerana apa ianya tidak subur? kerana ianya tidak dibajai dengan majlis-majlis ilmu.

Rabu, 5 Januari 2011

penyakit berjaga malam

Kerana apa kita sering tinggal solat subuh? kerana tak kejut tidur. kerana apa tak kejut tidur? kerana terbiasa dengan 'berjaga malam'. kerana apa 'berjaga malam'? kerana disibukkan dgn rancangan-rancangan tv tak berfaedah.

hidup yg tidak mempunyai 'aturan hidup'. tidak mempunyai 'jadual hidup'...