Rabu, 29 Disember 2010

cukuplah hanya cinta Allah

Hawa..                                                                                                                                               

Andai ditakdirkan tiada cinta drpd Adam untukmu, CUKUPLAH hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta drpd kedua ibu bapamu yg memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yg membahagiakan dirimu.

couple

Kasihlah pd anak perempuan itu dgn memberi didikan agama yg cukup tentang halal haram.. sah batal.. dan sebagainya yg berkaitan dgn hukum syarak.

Ibu bapa yg memiliki anak perempuan, jagalah mrk dr perkara2 yg haram terutama nya mrk yg mempunyai teman lelaki. HALANGLAH mrk dr terus bertemu, krn perbuatan itu adlh dosa.

 

Ibu bapa yg TIDAK melarang anak2 mrk dr bercinta/berkasih dgn pasangan mrk.. ibu bapa ini tidak tahu cara untuk menjaga anak2 mrk. Bapa yg tidak melarang perbuatan haram anaknya ini.. maka bapa tersebut adlh bapa yg fasik.. ibu fasiqah.. Allahu rabbi.. bertaubatlah atas dosa2 kita yg lalu, semoga Allah tidak mengambil balas krn kita dahulunya jahil..

(dipetik dari blog kuliah-kuliah ustaz azhar idrus)


tidak harus memandai sendiri

Dan tidaklah harus bagi org2 yg beriman lelaki dan perempuan- apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara- (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mrk. Dan sesiapa yg tidak taat kpd hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dgn kesesatan yang jelas nyata. (Al Ahzab: 36)

ilmu ihsan

Dia BERSAMA kamu di mana sahaja kamu berada,

dan Allah Maha MELIHAT apa yang kamu kerjakan. (Al Hadid: 4)

.... dan Dia Maha MENGETAHUI segala isi hati.  (Al Hadid: 6)

                                                                                                                                                       Sesungguhnya orang-orang yang TAKUT (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. (Al Mulk: 12)

perlunya para Rasul dlm kehidupan manusia

...betapa WAJIBNYA manusia itu mengambil ajaran yg dibawa oleh para Nabi alaihimussala tuwassalam.

Merekalah NERACA PENENTU yg sebenarnya untuk menimbang ucapan kata kata, amalan dan akhlak. Dengan mengikut mrk dapat membezakan petunjuk dan sesat.

Perlunya para Rasul dlm kehidupan manusia LEBIH BESAR drpd berhajatnya badan kpd nyawa...



(Petikan kuliah subuh Balai Istiqamah oleh Ustaz Hj Awang Dagang- kitab 'Beriman kpd Rasul' jilid 2)

Selasa, 28 Disember 2010

kerana apa mu kata aku sesat?

Patutkah mu kata aku sesat kerana aku melakukan perkara yang aku ada ilmu tentangnya tetapi mu tidak ada ilmu tentangnya?

mu takut sesat krn baca kitab tetapi aku takut sesat krn TIDAK baca kitab.

menghidupkan suasana Islam dalam diri

Hidupkan suasana Islam dalam diri dengan menjaga solat 5 waktu, berusaha mencapai khusyuk solat, selalu solat berjemaah di surau atau masjid dan menghadiri majlis-majlis ilmu.

antara nilaian bumi dengan nilaian langit

Mu nilai aku berdasarkan nilaian untung-rugi mu? berjaya-gagal mu? cerdik-bodoh mu?

Kayu ukur kita dalam menilai sesuatu ialah nilaian Tuhan bukan nilaian manusia :

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal” (Al Hujurat: 13)

Ahad, 26 Disember 2010

hakikat dua yang berbeza

Iman dan kufur tidak boleh bersatu atau bersama, kerana iman itu adalah percaya dan kufur itu adalah MENAFIKAN percaya. Mustahil menyatukan antara dua sifat yg berbeza.

terikat dengan 'menjaga kepentingan'

Kata Prof. Hamka- "kebiasa yg mula mula menyatakan iman adalah org org yg dipandang lemah dan hina. kerana apa krn mrk tidak terikat dgn menjaga kepentingan"

Kerana apa kita teragak-agak atau tidak tegas atau takut untuk menyatakan kebenaran. Kerana terikat dengan 'menjaga kepentingan'. Kita terikat dgn pelbagai kepentingan, terutama kepentingan anak dan isteri. Terikat dengan hubungan kekeluargaan, terikat dengan kedudukan dlm masyarakat dan terikat dengan menjaga kepentingan jawatan, pangkat serta kuasa.

Kerana itu kita ragu-ragu.

kotak bernama tv

Berhati-hati dgn tv krn ia mengetengahkan pemikiran yg bercabang. Padanya tidak ada yg benar krn semua perkara adlh benar. Bertudung pun benar, tidak bertudung pun benar. Berpakaian menutup aurat pun benar, berpakaian telanjang pun benar. Kehidupan beragama pun benar, kehidupan 'bergelumang noda' pun benar.

Padanya tidak ada salah atau benar. tidak ada dosa atau pahala, tidak ada syurga atau neraka. Padanya semua perkara adalah sama. Dan padanya semua perkara adalah benar.

redha

ubat paling mujarad seketika ditimpa sakit atau musibah ialah redha. redha itu tanda iman. tidak ada redha tanpa tawakal, dan tidak ada tawakal tanpa iman.

aqidah

Setiap orang melakukan apa yg dia percaya. Berfikir dan bertindak berdasarkan apa yg dia percaya. Berjuang dlm hidupnya mempertahankan apa yg dia percaya. 'Apa yg dipercaya ini' dlm istilah bahasa disebut kepercayaan atau pegangan. dalam istilah agama disebut aqidah dan dalam istilah moden disebut idealogi.